Salam.. Lama sangat xp0st kat sini.. wase cam xde mase utk wordpress anymore.. tpi cuti 2 weeeks nie nak bukak segala account yg ada.. wakakaka~ bnyk seh… mcm mne nie.. miss R0ses… rindu sesangat!..
Update…
Posted in Uncategorized on December 27, 2009 by Budak comotSalam.. Asif Jiddan sbb lme xupdate blog yg kini sudah semakin hari semakin b’sawang… huhuh… lpas nie mungkin da xsmpt nk update daa.. sbb da duk kt asrama.. xleh dh laa nk ym, fb, o anything else.. stop from this!! isk3.. sedey.. lalala~ xpe.. ukhuwah kerana Allah.. i’Allah akan kekal sampai bila2..
Akan Datang…
Posted in Uncategorized on December 13, 2009 by Budak comotSalam… Di sini akan ku sambung perjuangan sebagai seorang pelajar… Akanku tingkatkan lagi ilmu dan iman.. harap2 tiada halangan dan cabaran yg akan menghalang ku untuk mencapai kejayaan di sini.. i’Allah.. di sini ingin memperkenalkan sekolah menengah baru ku.. iaitu, sekolah yg dulu hingga kini menjadi impian ku… Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati2 makhluk-Nya..
Inilah sekolah impian ku… SMIAAK..
Mantera Beradu…
Posted in Uncategorized on December 10, 2009 by Budak comot(Suara latar)
Masih belum sempurna..
(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..
(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang…
bangau dah pulang… suara sumbang..
(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
kura-kura salah jawab pantun, naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau terus mati jika belok maut
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku
(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
(Suara Latar)
Akhirnya sempurna….
Misi Jihad Cinta…
Posted in Karya Yang Dipetik... on December 8, 2009 by Budak comotCerpen : Misi Jihad Cinta
layyinulharir
www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah
“Sayang, kita dah sampai.”
Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.
“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”
Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.
“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?”
Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.
“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”
Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.
“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..”
Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.
Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.
Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.
****
Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.
“Jom masuk sayang.”
Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.
Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.
Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.
“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”
Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.
“Sila duduk..”
“Terima kasih.”
Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.
“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”
Safiyyah hanya diam merendah diri.
“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”
Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
Safiyyah memerhati.
MISI JIHAD CINTA
Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad
Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..
Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.
“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”
Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.
“Ni bang..”
Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.
“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”
****
“Bang..”
Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar
menenangkannya.
“Ya?”
Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.
“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”
“Habis tu.. Kenapa menangis?”
“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
“Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”
“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”
Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.
“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”
“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”
“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai
kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”
“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”
“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”
“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”
“Ya, abang faham.”
“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”
Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.
“Sabar la. Tak lama lagi..”
****
Di khemah persiapan, Kota Toledo.
Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.
Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.
“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”
Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.
“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”
“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”
“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”
“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”
Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang ada satu permintaan.”
“Apa dia bang?”
“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”
“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”
“Ya,InsyaAllah.”
Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.
“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”
Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.
“Waalaikumsalam.”
Uwais membuka pintu khemah.
“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”
“Baiklah. Terima kasih.”
Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.
“Sayang, dah tiba masanya.”
“Ya.”
Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa di syurga ya.”
“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”
****
Boomm..
Boommmm..
Boommmmm..
Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.
Bumm!
Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.
Bummm!
Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.
Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga.
Dia Kata…
Posted in Luahan Hati..., Mengarut Kuchalana... on December 8, 2009 by Budak comotaku ketawa dye kata aku gila,
aku menangis dye kate aku sakit jiwa,
aku senyum dye kate aku mengada2,
aku t’sengih dye kate aku x ubah cam kera…
aku pergi libray dye kate aku ulat buku,
aku pergi tandas dye kate aku nak b’s0lek,
aku b’diri dye kate aku tayang b0dy,
aku duduk dye kate aku lenguh b’diri…
aku kenyit mata dye kate aku nak pikat dye,
aku garu kepala dye kate aku x reti kira2,
aku jeling dye kate aku ati,
aku t’menung dia kate aku t’ingat kat teman lelaki…
aku pergi koperasi dye kate aku nak tunjuk kaya,
aku gigit jari dye kate aku kecewa b’cinta,
aku kemas sikit dye kate aku nak melawa,
cikgu tanye aku nk jawab dye kate aku nak tunjuk pandai!!!
aku…aku,ahh!!semuanye xkena,
kalau dye,ehh..semuanya sempurna,
aku kena mula relaks..dye pula xtentu rasa,
dye resah…aku??!!buat selamber jelah…
0k x??!!hehe..=)
p/s:amik pengajaran dr mende ni..
~ sabar menghadapi sesuatu…
~ t’selit 1001 makna…
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan…
Posted in Karya Yang Dipetik... on December 8, 2009 by Budak comotCerpen: 10 puteri tak dilindungi bulan
Oleh Fatimah Busu
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.
“Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?”
“Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki … tiga empat orang �”
“Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami.”
“Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri.”
“Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita.”
“Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?”
“Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital � Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?”
“Kenal � abah �”
“Berapa orang ?”
“Empat �”
“Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?”
“Seorang saja � yang lain tidak tahu.”
“Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! “
“Huuuuu � dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! “
“Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu � sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!”
“Baju kita ini pun nampak pusat juga!”
“Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat.”
9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks – video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.
“Hah! Padan muka si Saman tu � megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!”
“Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji.”
“Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu �. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang.”
“Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!”
“Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.�”
“Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!”
8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.
“Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik � saya runsing sangat!”
“Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !”
“Esok saya nak pergi jumpa bomoh � tentu bomoh tahu. �”
“Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik �.”
“Habis ?”
“Kikta tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah.”
7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.
“Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah �bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!”
“Dunia sekarang memang kejam, puan � anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?”
“Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik �.”
“Dia kerja apa di KL, tu?”
“Katanya pegawai eksekutif syarikat .�”
“Syarikat apa, puan?”
“Kalau tak silap syarikat import eksport � katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar � bosnya baik � selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali.”
“Oh?”
6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.
“Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?”
“Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?”
“Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?”
“Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video � tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?”
“Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!”
“Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?”
“Dia tu bekerja, bukan?”
“Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?”
5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.
“Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami.”
“Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica… ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia.”
“Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?”
“Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu.”
4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.
“Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?”
“Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!”
“Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?”
“Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline.”
“Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!”
Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!”
“Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?”
“Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!”
“Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?”
“Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi.”
“Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?”
“Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!”
“Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?”
“Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.�”
Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!
“Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!”
“Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!”
“Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!”
“Ah, ada yang parah nampaknya � satu lagi nampak okey .�”
“Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?”
“Bawa kawan saya keluar, dulu � saya okey. Saya boleh keluar sendiri.”
“Mari kita angkat dia ramai-ramai � jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.�”
“Aaaarrrrgggg � aaarrrrgggg �..”
“Masni � Mas � Mas� mengucap � mengucap Mas .�”
“Aaarrrggg � aaarrrggg �.”
“Mengucap Mas �ikut saya, mengucap … Laaa ilaaa haillallah � Laaaa ilaaa haillallah .�”
“Laaaa � ilaaaa .�”
“Kata, Laaa ilaaa haillallah �Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .�”
“Laaa � ilaaa �.”
“Massss � sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss� sebut Laaa ilaaa haillallah.�”
“Dia sudah tidak ada lagi dek �”
“Masss �sebut Laaa ilaaa haillallah �Masss �sebut �”
“Dia dah tak ada, dek� dah tak ada lagi !”
“Ah, Mas � Mas � mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss � Laaa ilaaa,
tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan � !”
“Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?”
“… Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)
“Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan �” (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)
3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.
“Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap.”
“Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah �.”
“Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia.”
“Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi.”
2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.
“Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! “
“Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?”
“Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!”
“Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!”
1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati
“Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)
Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.
Bila Aku Meminta… Allah Memberi….
Posted in Luahan Hati... on December 8, 2009 by Budak comotbila aku meminta KEKUATAN,
ALLAH memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.
bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,
ALLAH memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.
bila aku meminta KEKAYAAN,
ALLAH memberi aku AKAL agar aku bekerja.
bila aku meminta KEBERANIAN,
ALLAH memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya.
bila aku meminta CINTA,
ALLAH memberi aku ANAK-ANAK TERBIAR untuk aku bantu.
bila aku meminta KURNIA,
ALLAH memberi aku KESEMPATAN.
dalam semua hal…
aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN…
tetapi AKU MENERIMA apa yang AKU PERLUKAN…
ternyata doaku telah dikabulkan oleh-Nya…
Perlu Ada Dalam Setiap Jiwa Anda…
Posted in Karya Yang Dipetik... on December 7, 2009 by Budak comot
www.iluvislam.com
editor : almusafirq8

Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama’. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama’. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama’ amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :
1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.
2. Beramal dengan ilmunya.
3. Tahan marah (berlapang dada)
4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.
5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.
6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.
7. Kuat, sihat dan fasih lidah.
8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :
(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.
(b) ilmu sejarah umum.
(C) Ilmu Psikologi.
(d) Ilmu Geografi.
(e) Ilmu Akhlak
(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.
(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.
(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.
9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.
10.Tawadu’ (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.
11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.
12. Bersifat wakar dan tenang.
13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.
14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.
15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH
Sifat wakar ada pada ;
(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.
(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.
(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.
(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.
Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;
(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.
(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.
(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.
(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.
Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.
Salahkah Aku Mencintainya…??
Posted in Karya Yang Dipetik..., Luahan Hati... on December 7, 2009 by Budak comot
SALAHKAH AKU MENCINTAINYA…..???
Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah sorang sahabat yang aku kenali, aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa remaja yang ingin mengenal cinta, namun apa yang boleh aku buat? Dia telah jatuh cinta, apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta? Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak menyalahi erti cinta..
Apakah cinta yang sebenarnya? Bagaimana islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta menghampiri kita?
Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.
Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.
1) menyintainya kerana ALLAH swt…(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat,
mengikuti sunah nabi)
2) cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)
jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan ’cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci….
ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannya
dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.
dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
”tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”
Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?
Dalam surah Al-Isra:ayat 32 ”janganlah kalian mendekati zina.”
Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.
Sabda nabi..”janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan.”
Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,mampukah sahabat tidak berdalih lagi?
Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.
Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu…….
Boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah, alangkah baiknya ALLAH. Sanggupkah kita menkhianatinNYA? Bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai?
Rasulullah bersabda:
”tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”…….
Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti?kekasih kah??tentu tidak.oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. insyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti, insyaALLAH.
Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah……demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman, insyaALLAH.


